Cari Blog Ini

Ahad, 17 Februari 2013

Set Penyusuan Shaklee Untuk Pilihan Ibu-Ibu



As Salam dan salam sejahtera.. Hari ni jom kita berkongsi mengenai Set Penyusuan Shaklee untuk ibu-ibu yang sedang mengandung dan merancang untuk memberi penyusuan sepenuhnya utk cahaya mata nanti, ataupun ibu-ibu yang telah selamat melahirkan cahaya mata dan sedang tercari-cari set penyusuan mana yg sesuai utk diambil. Kat fb, kat hp(sms) dan kat email saya pun ramai yg bertanya mengenai set penyusuan shaklee..Oleh yg demikian, diblog ini saya kongsikan sebagai rujukan dan pengetahuan ibu-ibu ya? Yg bertanya tu harap2 terbaca entri mengenai set penyusuan ni yer :)
Kita ada 3 set untuk set penyusuan Shaklee. Antaranya :

SET B
Lengkap dengan 4jenis vitamin iaitu B Complex, Vitamin C, Vitalea (Multivitamin) dan Alfalfa (Milk Booster). SET B ini sesuai untuk ibu-ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan dan ingin mencari supplement untuk kesihatan dan juga tenaga. Kebaikkan dari Set B ini, Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.
SET E [B Complex, Vitamin C, Vitalea, Alfalfa ]
  

SET E
SET E adalah pilihan ke 2 untuk ibu-ibu..apa yang ada dalam SET E ni? sama seperti SET B cuma tambahan Ostematrix (Kalsium Magnesium). Set ini diperlukan oleh ibu-ibu yang kurang minum susu bagi menampung keperluan kalsium harian ibu...tahukah anda ibu yang menyusukan anak memerlukan kalsium lebih daripada ibu yang tidak menyusukan anak? 

Siapa yang perlukan set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, SET B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

SET E [B Complex, Vitamin C, Vitalea, Alfalfa dan Ostematrix (Kalsium Magnesium)] 

SET 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini? Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.


SET 3M [B Complex, Vitamin C, Vitalea, Alfalfa, Ostematrix (Kalsium Magnesium) dan ESP]

Semua set yang ada di sini ada kebaikkan yang tersendiri bukan hanya untuk milkbooster sahaja malahan juga untuk kesihatan ibu. Set Penyusuan Shaklee akan membuat ibu2 :
·                     Lebih bertenaga
·                     Kurang stress/tekanan perasaan
·                     Mengelakkan meroyan
·                     Mengurangkan sakit badan (sakit urat)
·                     Kurang mengantuk (di waktu yang tak sepatutnya mengantuk)
·                     Perbaiki keintiman suami isteri
·                     Memiliki wajah berseri-seri
·                     Mencantikkan kulit dan kuku
·                     Mengawal berat badan
·                     Membanyakkan susu ibu

"Sharing is Caring"

Kredit:
Ibuhakimhaikal.com

Adakah anda ada sebarang pertanyaan? Bagaimana nak order ?
Mudah saja, hubungi saya :
Add me & PM FB : Ct Norysah / Mylittle Shoppe
Call/SMS : 0129781609
Email : norisah_z@yahoo.com
Shaklee ID : 918622

P/s Setiap pembelian akan mendapat tips & consultation secara percuma.


Apakah dia Vitamin?

Vitamin:
Satu Pengenalan Ringkas Untuk Vitamin
Vitamin adalah bahan organik yang tidak boleh disintesis oleh badan dalam kualiti yang mencukupi. Vitamin mesti diperolehi dari diet anda. Pada dasarnya, vitamin adalah bahan kimia yang yang diperlukan oleh tubuh anda untuk terus hidup tetapi tidak boleh dihasilkan dengan sendiri. Oleh itu, anda perlu mendapatkan vitamin dari benda-benda yang anda makan setiap hari. Sehingga tahun1900, satu-satunya sumber vitamin kita adalah dari makanan. Tetapi penyelidikan yang membenarkan ahli-ahli sains untuk mengenal pasti dan mengekstrak vitamin yang berbeza dan memberikan supplement atau vitamin tambahan kepada diet.

Vitamin tambahan(vitamin supplements) telah berkembang pada zaman sekarang. Masalah peningkatan makanan yang diproses terdedah kepada pencemaran, racun perosak, pengubahan genetik makanan dan peningkatan jumlah penyimpanan dan penghantaran telah mengurangkan kualiti nutrisi makanan tersebut. Tekanan(stress), cara pemakanan yang kurang baik, penyakit dan preskripsi ubatan tertentu juga menyebabkan sesetengah orang sukar untuk menyerap vitamin yang mereka dapat di dalam diet mereka.

Vitamin tambahan boleh memastikan badan anda menerima jumlah vitamin yang diperlukan oleh badan anda.

Kerana vitamin adalah sejenis kimia, ramai saintis percaya bahawa versi sintetik setiap vitamin boleh dibuat buatan manusia. Pihak kerajaan bersetuju dengan ahli saintis dan membenarkan syarikat-syarikat untuk mengeluar dan menjual vitamin sintetik. Vitamin Sintetik adalah murah untuk dihasilkan, maka kos pembelian dipasaran turut murah juga bagi pengguna. Walau bagaimanapun, vitamin sintetik tidak mengandungi jumlah kompleks keluarga Mikronutien yang boleh ditemui dengan vitamin dalam bentuk semulajadi.

Vitamin A yang diperolehi dalam keadaan semulajadi dan tidak dihasilkan di dalam makmal adalah bentuk terbaik untuk badan anda. Badan anda tidak dicipta untuk menggunakan bahab-bahan kimia buatan manusia, badan memerlukan vitamin dalam bentuk semulajadi.

Terdapat 13 jenis vitamin yang terkini diiktiraf. Semua vitamin ini boleh didapati di dalam makanan harian yang biasa. Makanan yang sihat dan segar dan makanan organik dapat memberikan badan anda vitamin yang anda perlukan dalam kehidupan.

Walau bagaimanapun, faktor-faktor alam sekitar seperti racun perosak, pencemaran, stress dan cara pemprosesan makanan boleh mengurangkan jumlah vitamin yang tersimpan di dalam makanan tersebut. Adalah lebih penting untuk menambahkan diet anda dengan vitamin tambahan semulajadi, dimana vitamin di dalam makanan tersebut tidak terjejas semasa proses pengeluaran.

Ini adalah satu langkah untuk anda mengenali apa itu vitamin dan kebaikan untuk badan anda dan kesihatan anda.


Khamis, 14 Februari 2013

GLA Complex Membantu Untuk Hamil Dan Lain-lain Kebaikannya

Setiap hubungan perkahwinan tentu sekali inginkan zuriat daripada rahim sendiri. Ada pulak diantara kita yang sudah pun memiliki anak seorang atau dua, namun sangat susah untuk ‘lekat’ anak yang seterusnya. Tapi lagi susah pada mereka yang telah berkahwin bertahun lamanya dan telah berusaha untuk mendapatkan zuriat, masih dengan keadaan yang sama. Belum ada. Sebagai hamba Allah yang akur dan redha, kena terima juga dan terus berusaha lagi..itulah yg realitinya berlaku bukan?

Alhamdulillah..itulah ungkapan pertama saya apabila melihat dan mengetahui beberapa keajaiban yang Allah berikan kepada hamba2Nya. UPT positif!! haa..itulah juga yang membuatkan saya tersenyum dan hati berbunga2 seolah-olah saya sendiri yang mengalami situasi itu. Benar, kita hanya merancang, ikhtiar, usaha dan tawakal. Selebihnya yg lebih besar yg kita harapkan Allah yg menentukan segalanya.. Semuanya hanya selepas mengamalkan GLA Complex Shaklee. Ya GLA complex shaklee adalah baik untuk wanita terutama untuk yg ingin hamil atau ada masalah kesuburan. Di bawah ini adalah testimonial 2 orang pengguna yg telah berjaya hamil yg mana telah membuat saya turut tersenyum dan gembira. Alhamdulillah..







Kan..siapa tak hepi, samada yg baru atau yg dah lama berkahwin, kalau berusaha dan berikhtiar dan rajin mengamalkan supplement yang terjamin keselamatan, keberkesanan dan semulajadinya..:) :) .. hepii kan??

Mereka hanya mengambil GLA complex dan Alhamdulillah, mereka mendapat pulangan yg baik. Zuriat! :)




GLA Complex Shaklee


Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajina, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. NAmun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^
Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezekia anak, cuba periksa cecair serviks anda.

Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur

Tidak salah mencuba apatah lagi kerana niat yang baik. Berhasil atau tidak terpulang padaNya kerana Dia yang menentukan yang terbaik untuk kita.


Kebaikan GLA selain daripada untuk hamil :


· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 

GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanitaIa sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik

Belum cuba belum tau. Sudah cuba pasti tidak akan berpaling lagi. Yang penting ianya adalah vitamin semulajadi, bukan sintetik.

P/S: Jika ada yang mahukan tips cepat hamil dengan GLA Complex boleh hubungi saya… Tips & bantuan cepat hamil percuma untuk setiap pembelian GLA. 

Nak menghubungi? Pertanyaan?

Add me & PM FB : Ct Norysah / Mylittle Shoppe
Call/SMS : 0129781609
Email : norisah_z@yahoo.com
Shaklee ID : 918622

KEISTIMEWAAN ESP Shaklee

Hari ini nak cerita pasal ESP pula.. Apakah manfaat, faedah dan kesan-kesan sampingan ESP ni kepada pengguna termasuklah saya sendiri? Bagi saya, sudah pastilah ianya sangat2 baik dan memang terbaik sekali. Oleh itu suka saya nak berkongsi sedikit mengenai ESP shaklee yg memang sgt2 popular, meletop dan terlaris ini. Kerana apa saya berkata sedemikian?? Jom kita baca ni.. Jawapannya ada pada entri yang saya kemukakan hari ini..chewah.. 

KEISTIMEWAAN ESP


[FAKTA]


♥ Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.

♥ Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.

♥ Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif.

♥ Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badandan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.

♥ Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.

♥ Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu (1gm).

♥ Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.

♥ Paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.

♥ Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga




ESP (Soy Protein Isolate)





Ni pula kesan sampingan..

1. Kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
2. Membantu hilangkan parut jerawat di muka.
3. Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
4. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
5. Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
6. Menyokong kesihatan imunisasi badan.
7. Mengawal paras kolesterol.
8. Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
9. Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
10. Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam.
11. Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum.
12. Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.











Haa..apa pendapat atau pandangan anda mengenai ESP shaklee ini, belum mencuba tapi dah membacanya pun anda kita dah terasa aura ESP ni macamana kan? Kalau dah rasa ketinggalan untuk mencuba ESP ni, anda silap. Kerana anda boleh mencuba ESP ni sekarang juga untuk tidak terus ketinggalan. Better late than never !! :)

Bagaimana nak mendapatkan ESP ni? Bagaimana nak order? Bagaimana nak membuat pertanyaan? 

Sangat mudah, anda boleh hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut;

Add me & PM FB : Ct Norysah / Mylittle Shoppe

Call / SMS : 012-9781609
Email : norisah_z@yahoo.com
Shaklee ID : 918622





Isnin, 11 Februari 2013

ANEMIA SEMASA MENGANDUNG, KESAN HB RENDAH PADA BAYI DALAM KANDUNGAN DAN IBU MENGANDUNG!! WAJIB TAHU DAN SEDAR.



Assalamualaikum..hari ni saya nak berkongsi cerita kepentingan pengambilan zat besi supaya hb ibu mengandung stabil..jommm..article ni saya dpt masa dok meneroka di blog seorang doctor..Oleh itu, ibu2 mengandung, sila ambil perhatian dan wajib tahu yer..bukan setakat makan asid folic dan minum susu dah cukup.

*************************************************************
arini nk cerita sket pasal anemia aka kekurangan darah merah atau hemoglobin(Hb) yg selalu berlaku pd wanita hamil... sepanjang pengalaman saya menjadi seorang doktor, memang sgt2 ramai ibu2 kite yg mengalami masalah ini....tetapi ramai yg tidak tahu kepentingan mengekalkan paras Hb yg baik(>11g/dl) semasa mengandung, betul x??patient sy pun rmi xtau..tetapi bila ade kesempatan sy akan explain pd mrk satu persatu supaya ada kesedaran dlm diri untuk berusaha menaikkan paras Hb...

sbnrnya kebanyakan ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yg sgt penting untuk pembentukan Hb ini....dan kekurangan itu berpunca dr NUTRIEN seharian yg diambil yg kurang mengandungi zat besi.

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??


Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 :--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan

Tips 2 :--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb

Tips 3 :--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)

PESANAN : 
MAKANLAH VITAMIN DGN BETUL HARI2, insyaallah Hb(kepekatan darah) ibu2 sekalin akan naik dgn cepat....

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
Disebabkan kepentingan zat besi dalam diet harian, multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan oleh Shaklee iaitu Vitalea. Kebanyakan set kesihatan yang kami sediakan juga mengandungi vitalea kerana dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Kesannya, badan lebih bertenaga..cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau kelesuan yang melampau.


Vita-Lea® Iron Formula
Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*


Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk mengatasi Hb rendah...

Apa yang uniknya Vitalea shaklee???

•Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maximum di usus kecil
•The best multivitamin dlm public interest thn 2000. 
•Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sbnyk 65%
•Disokong oleh 7 kajian klinikal
•Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel2 baru
•Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk..

tolong jangan ambik mudah perkara ni..sebab kebanyakan ibu2 hamil tak nak ambik multivitamin atau obimin masa hamil sebab mereka takut bayi mereka terlampau besar atau mereka akan jadi gemuk..tolonglah ye ibu-ibu..itu mentaliti yang sangat salah..kalau anda tidak mahu fikirkan tentang diri anda, fikirkan lah tentang bayi yang anda kandungkan..berikan mereka khasiat yang terbaik supaya tumbesaran mereka sempurna..
berminat tapi masih ragu-ragu?? jom hubungi saya untuk saya bg penerangan lebih terpeinci..

Crdt : www.beeandyou.com
PERTANYAAN & PEMBELIAN
1. PM Facebook : Ct Norysah / Mylittle Shoppe
2. Email : norisah_z@yahoo.com
3. SMS : 012-9781609
4. Blog : http://ctnorysahzainal.blogspot.sg/
5. Member ID : 918622

Ahad, 10 Februari 2013

KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL, KENAPA DAN CARA MENGATASINYA


KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL, KENAPA DAN CARA MENGATASINYA

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Entri khas untuk ibu2 yang sedang mengandung :)


Biasanya masalah Bengkak Kaki ni berlaku di sebabkan lebihan air di dalam badan kita, yang mana keadaan ni biasanye berlaku bila dah masuk ke Trimester ketiga.Tapi, ada juga sesetengah wanita hamil yang telah melalui masalah ini ketika penghujung Trimester kedua.Masalah ini biasanya akan hilang dengan sendiri nya bila tiba saat bersalin..


Kalau anda mengalami masalah bengkak2 kaki..teruskan pembacaan anda ye…



Bengkak pada kaki biasanya membuatkan ibu berasa kurang selesa. Bengkak ini juga mungkin mengakibatkan ibu terpaksa menukar kasut. Ketahui kenapa ia terjadi dan bagaimana untuk mengurangkannya...

Kenapa Kaki Bengkak Ketika Hamil?
Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di trimester ketiga kehamilan.


Bengkak ini akan surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:

* Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan.

* Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.

* Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.

* Rendam kaki dalam air sejuk.

* Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.

* Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.

* Minum air secukupnya. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki

* Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.

* Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.

* Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.

* Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.

Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food. Pengambilan suplemen/vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang seimbang demi memastikan ibu terus sihat dan bayi yang dikandung membesar dengan baik.

Berhati-hati
Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami:
* muka atau keliling mata bengkak.
* tekanan darah tinggi.
* kencing kotor.
* sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu.


Saya sengaja highlightkan part pemakanan seimbang dengan kaler merah tu.. supaya anda ambil lebih perhatian betapa pentingnya pemakanan seimbang kepada diri dan bayi yang dikandung.


Ini adalah suplemen yang saya cadangkan untuk wanita yang sedang hamil.




 trimester 1 : Vitalea, B complex, vitamin C dan Ostematrix(kalsium)
trimester 2&3 : Vitalea, B complex, vitamin C, Ostematrix(kalsium) dan Omega guard.

Add-on yang digalakkan : ESP(energizing soy protein) -sebaiknya diamalkan lebih2 lagi jika anda masih bf baby




(Vitalea ni killer product utk Shaklee (di oversea sangat dikenali sebagai vitamin prenatal))


Info tambahan:
Vita-Lea Iron Formula Vita-Lea adalah multivitamin (jadi x perlu ambil obimin dah). Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.


Vitamin B Compleks
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


Vitamin C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


OsteMatrix(calcium magnesium)
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


Energizing Soy Protein
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Nanti, masuk trimester kedua, bolehlah mulakan pengambilan fish oil (biasanya kita ambil Neurogain). Dalam Shaklee pun ada fish oil, namanya Omega Guard.

Omega 3 (Omega Guard)
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan
__________________________________________________________________________________


So, itulah dia vitamin2 yang disyorkan semasa hamil. Maybe ada yang tanya, asid folik takyah ambil ke sebab takde pulak nampak asid folik dalam set di atas kan? Untuk pengetahuan anda, pengambilan Vitalea with Iron Formula + B Complex sebenarnya telah membekalkan jumlah asid folik yang diperlukan oleh preggies iaitu sebanyak 400 mcg (200 mcg + 200 mcg). Extra pula sebab vitalea ni dah lengkap dengan iron. Dan extra lagi sebab vitamin Shaklee adalah vitamin natural, semulajadi BUKAN SINTETIK.


kelebihan jika anda membuat pembelian dengan saya
- special price
- free consultation
- jadual pemakanan suplemen disertakan

crdt : Metrobestmom

Saya boleh dihubungi di:
PERTANYAAN & PEMBELIAN
1. PM Facebook : Ct Norysah / Mylittle Shoppe
2. Email : norisah_z@yahoo.com 
3. SMS : 012-9781609
5. Member ID : 918622

Bila waktu terbaik utk minum air?..
Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :


· Pagi selepas bangun dari tidur.
Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. 
Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein

· 30 minit sebelum waktu makan.
Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. 
Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

· Sepanjang hari.
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan
__________________________________________________

*p/s: setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter... so kira berat anda & ketahui berapa banyak air yang anda perlukan dalam sehari...


Minum Air Banyak Bila Ambil Supplemen


Kenapa Perlu Minum Banyak Air Bila Ambil Suplemen?

KES 1:
Serena sering mengadu berasa panas dan dahaga sejak mengambil vitamin-vitamin dalam set breastfeeding Shaklee.

KES 2:
Azman mengadu pening, sakit pinggang dan lemah badan sejak mengambil vitamin dalam set Shaklee untuk lelaki.

KES 3:
Rini mengadu susu badannya semakin berkurangan sejak mengamalkan vitamin dalam set breastfeeding Shaklee.

Setelah diselidiki ketiga2 kes di atas, hanya satu jawapan saja:

KURANG AIR

Baik Serena, Azman mahupun Rini, mereka tidak meningkatkan pengambilan air selepas mengambil suplemen vitamin. Lalu menyebabkan mereka mengalami healing crisis yang teruk.

Mengapakah perlu banyak air apabila mengamalkan suplemen?

(1) Suplemen vitamin adalah dalam bentuk dos yang pekat, berbanding vitamin dalam makanan yang biasa kita makan. Vitamin dalam makanan memerlukan masa untuk diuraikan oleh tubuh, dan ada yang tak terurai pun. Sebaliknya suplemen vitamin terus dalam bentuk yang ringkas.

Analoginya, satu gelas air cukup untuk melarutkan 1 sudu gula, tapi kita perlukan lebih air untuk melarutkan 1 senduk gula.

(2) Suplemen vitamin memerlukan air untuk membuang toksin dalam badan.

Analoginya, bila kita basuh kotoran dengan air sabun, kita perlu lebih air untuk membersihkan sisa sabun itu pula.

Jadi, pengambilan air bukan main-main bila anda mengamalkan suplemen. Pastikan melebihi 3 liter sehari. Jangan risau kalau asyik rasa nak ke tandas (sebenarnya cuma persepsi saja).

Jadi, minumlah air secukupnya, agar kebaikan vitamin yang anda ambil dapat dioptimumkan sebaiknya.

Crdt : Vitaminsemulajadi

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)


PM Facebook : Ct Norysah / Mylittle Shoppe
Email : norisah_z@yahoo.com
SMS : 012-9781609
Blog : http://ctnorysahzainal.blogspot.sg/
Member ID : 918622