Cari Blog Ini

Isnin, 25 Mac 2013

Kebaikan Lecithin Shaklee


Lecithin Bukan Sekadar Pembakar Lemak

Lecithin boleh ditemui dalam semua jenis haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya, kekacang, kuning telur, kubis, kacang panjang dan lain-lain. Antara keistimewaan Lecithin ialah merupakan komponen utama membran sel dan membantu dalam mengawal aliran nutrien dalam sel-sel tubuh. Ini kerana soya Lecithin mengandungi sumber utama kolina. Ape itu Kolina? Kolina ialah satu komponen asetilkolina neutransmitter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan juga sistem saraf.
National Academy of Sciences Canada telah membuktikan bahawa kolina amat penting dalam diet manusia kerana dapat menyokong fungsi otak, hati, jantung dan kesihatan yang reproduktif.

Lecithin Sumber Kolina Semulajadi
Lecithin adalah lipid yang terdiri daripada kolina dan inositol. Kolina adalah nutrien penting yang dapat membantu fungsi normal sel-sel badan, metabolisma hati, otak dan fungsi saraf serta membantu mengangkut nutrien dalam badan. Inositol atau lebih dikenali sebagai Vitamin B adalah bahan asas membran sel dan diperlukan untuk fungsi yang betul bagi saraf, otak serta membantu sel-sel berkomunikasi antara satu sama lain supaya badan berfungsi dengan baik sekali gus meningkatkan tahap kesihatan ke satu peringkat yang lebih baik.

Perbezaan Lecithin Shaklee dengan jenama lain
Di ekstrak dengan kacang soya organik bukan GMO. Setiap satu kapsul  mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80 mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang di rembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inosito, fosforus dan lemak tak tepu.


Lecithin
Lecithin – 180 biji, 

Antara kelebihan Lecithin


Menyerap Vitamin Larut Lemak – Membantu penyerapan nutrien larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K


Pemecahan Lemak dan Kolestrol – Lecithin dapat bertindak untuk memecahkan lemak serta ‘pembersih’ pada salur darah


Pelangsingan – Pengambilan 6 biji sehari dapat membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak sekali gus menurunkan berat badan


Mecantikkan Otot dan Kulit – Membentuk membran sel, memberi pelembapan pada kulit serta mengaktifkan kadar metabolisma untuk melambatkan proses penuaan


Meningkatkan Daya Ingatan dan Meringankan Tekanan – Mengandungi Kolin yang membentuk urat saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, mengurangkan risiko penyakit Alzheimer serta mengurangkan stress. Oleh itu pelajar juga di galakkan mengambil Lecithin


Menghalang Kejadian Batu Karang – 90% punca penyakit batu karang ialah berpunca daripada kolestrol. Oleh kerana sifat Lecithin yang boleh memecahkan lemak ianya dapat mengurangkan kejadian batu karang


Memperbaiki Masalah Prostat Lelaki – Pengambilan 6 biji sehari dapat membantu memperbaiki masalah prostat dan urethra lelaki


Membina Sistem Imunisasi Badan – Soy Lecithin membantu menyalut sel darah merah dalam tubuh badan dan seterusnya dapat memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Selain daripada itu, lecithin juga berfungsi melindungi sel-sel dari teroksida

Anda berminat untuk mendapatkan produk Lecithin Shaklee?
Boleh hubungi saya pada bila-bila masa. Sebarang pertanyaan anda akan dilayan secepat mungkin termasuk mendapat harga Istimewa. 
Sebagai makluman & pengetahuan anda semua. Produk ini especially Lecithin antara produk shaklee yg sgt mendapat sambutan ramai dan berkesan. Ramai yg berpuashati. Jika mereka sudah, anda bila lagi?



Adakah anda ingin mendapatkan Lecithin ini? Atau perlukan info selanjutnya? Pertanyaan? Atau order? Hubungi saya:
[ Siti Norisah / Tel No: 0129781609 / Email : norisah_Z@yahoo.com atau norysah84@gmail.com ]
Shaklee Independent Distributor


Ahad, 24 Mac 2013

Apakah itu Osteoporosis?


Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh. 




Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.

Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.

Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah.

Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang.

Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.

Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050.

Simptom 
Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak tulang dengan mudah.

Sesetengah retak osteoporosis sukar dikesan sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar dirinya mengalami osteoporosis sehingga mengalami retak tulang yang menyakitkan.

Retak di bahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk dari bahagian belakang hingga ke sisi badan. 

Selepas beberapa tahun, keretakan tulang belakang boleh berulang dan menyebabkan kesakitan kronik bahagian belakang terutamanya di pinggang dan pinggul yang kelihatan seperti berbonggol.

Retakan yang berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum atau retak stres. Contohnya, sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis boleh menyebabkan retak stres lebih teruk di kaki ketika berjalan. 

Retak pinggul pula biasanya berlaku disebabkan terjatuh. Di kalangan penghidap osteoporosis, retak pinggul boleh berlaku walaupun hanya disebabkan kemalangan kecil. Retak pinggul juga sukar dirawat kerana kualiti tulang yang teruk.







oleh Bintu Rasyada A.Rahman, Utusan Malaysia

Kebaikan bersukan amatlah jelas dalam menjaga kesihatan badan.

Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan.

Antara kesan ketara sukan ekstrem adalah masalah tulang di mana ahli sukan bukan sahaja menghadapi risiko retak atau patah tulang, malahan risiko poros tulang atau pengurangan jisim tulang.

Jisim atau kepadatan tulang dinilai dengan melibat bilangan sel tulang yang ada pada tulang rangka badan. Secara umumnya, tulang yang mempunyai jisim lebih besar adalah tulang yang lebih kuat.

Walaupun jisim tulang banyak dipengaruhi faktor genetik, kesan persekitaran dan pengambilan ubat tertentu juga boleh mempengaruhi keadaan tulang. Kepadatan tulang biasanya mula berkumpul pada zaman kanak-kanak dan mencapai kemuncaknya pada usia kira-kira 25 tahun. Keseimbangan jisim tulang kemudiannya akan kekal untuk 10 tahun sebelum menurun mengikut usia, pemakanan dan aktiviti fizikal individu.

Bagaimanapun, bagi ahli sukan ekstrem, faktor aktiviti fizikal dan pemakanan akan memberi kesan lebih besar kepada jisim tulang mereka berbanding usia.

Tulang memerlukan bekalan kalsium yang cukup bukan sahaja ketika kecil malahan sehingga usia tua untuk kekal kuat bagi menampung pergerakan aktiviti harian.

Aktiviti yang memerlukan banyak tenaga bukan sahaja memerlukan nutrien secukupnya daripada makanan malahan memerlukan rehat secukupnya sebelum aktiviti yang sama dilakukan sekali lagi. Kekurangan sumber nutrien dan rehat yang cukup mungkin menyebabkan badan 'mengambil' tenaga daripada tulang menyebabkan tulang ahli sukan rapuh seperti tulang pesakit osteoporosis.

Pengalaman ahli sukan 

Zaiton Othman terperanjat dan sukar mempercayai kata-kata doktor bahawa dirinya menghidap poros tulang selepas menjalani pemeriksaan akibat terjatuh dan berasa sakit di bahagian belakang. 

Bekas atlet negara ini baru berusia 30 tahun ketika itu dan sedang belajar di sebuah universiti di Amerika Syarikat. Beliau langsung tidak pernah memikirkan kemungkinan tersebut memandangkan dirinya seorang atlet yang sentiasa bersenam dan menjaga pemakanan. Sudah tentu Zaiton berpendapat kesihatannya berada di tahap optimum. Lebih memeranjatkan, doktor juga mengesahkan tulangnya berusia 75 tahun, iaitu dua kali ganda usianya ketika itu.

"Bayangkan luaran saya kelihatan tegap dan cergas, namun bahagian dalam, iaitu tulang mengalami masalah," kata Pengarah di Majlis Sukan Negara (MSN) ini.

Doktor yang merawat Zaiton menjelaskan bahawa penglibatan beliau secara profesional dalam sukan sememangnya mendedahkan diri terhadap risiko poros tulang atau osteoporosis yang tinggi.

Menurut doktor, masalah tersebut biasa menyerang atlet sepertinya dan ia berlaku apabila badan yang tidak mempunyai tenaga mencukupi lalu menyerap tenaga yang diperlukan daripada tulang.

"Bersukan sememangnya baik untuk tulang. Tapi bagi ahli sukan profesional seperti kami yang menggunakan tenaga pada tahap optimum, poros tulang akan berlaku sekiranya tenaga yang diambil daripada tulang tidak diganti dengan pemakanan yang sempurna," jelas beliau lagi.

Pun begitu, bekas atlet heptatlon dan pemenang pingat emas Sukan SEA ini tetap positif dengan keadaan dirinya dan menganggap ia bukan noktah untuknya mengundurkan diri dari bidang yang amat diminati. 

Bermula dari situ, Zaiton tidak lagi memandang enteng terhadap pemakanan kerana sangat penting bagi menghasilkan tenaga untuk digunakan oleh badan. Beliau mula mengamalkan diet yang tinggi kalsium dan protein terutama daripada produk tenusu, kekacang serta daging merah. Dalam pada itu, beliau tetap tidak lupa melakukan senaman kerana ia merupakan salah satu cara untuk menjaga kesihatan tulang. 

Zaiton sedar bahawa kesihatan tulang sebenarnya amat penting kerana tanpa tulang yang sihat, semua aktiviti harian akan terjejas. Dengan menjaga pemakanan dan pengambilan nutrisi yang betul, beliau meraih kembali kesihatan tulangnya. Dan kerana cintanya yang mendalam terhadap bidang sukan, beliau menyertai beberapa kejohanan dan baru-baru ini memenangi pingat di Kejohanan Veteran Sedunia. 

Zaiton, 47, kini dilantik sebagai duta produk nutrisi tulang terkemuka, Anlene setelah menjadi pengguna setia produk tersebut sejak mengalami masalah poros tulang lagi. 

Sebagai duta, beliau mahu menyuntik kesedaran di kalangan masyarakat terutama wanita mengenai kepentingan menjaga kesihatan tulang. Ini kerana wanita kehilangan banyak kalsium terutama ketika mengandung dan juga ketika proses menopaus. 

Juga sebagai Pengarah Bahagian Hal Ehwal Atlet MSN, Zaiton sentiasa mengingatkan para atlet agar sentiasa menjaga pengambilan nutrien kerana risiko yang tinggi menanti mereka.

"Ramai yang tidak sedar bahawa kesihatan tulang sangat penting. 

"Mungkin kerana mereka menganggap diri masih muda dan osteoporosis hanya menyerang mereka yang berumur," katanya.

Menurutnya lagi, rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu dan Cina kurang mengambil makanan daripada produk tenusu sejak kecil lagi dan kerana itu terdedah kepada masalah osteoporosis.

Kempen 

Sebagai duta kesihatan tulang, Zaiton bersyukur kerana beliau diberi peluang untuk menyertai kempen tulang sihat di peringkat antarabangsa. Beliau mahu pengalaman peribadinya menjadi inspirasi wanita Malaysia khususnya dan dunia amnya untuk mengambil langkah mencegah osteoporosis.

Berpeluang menyertai persidangan sambutan Hari Osteoporosis Sedunia di Dubai 20 Oktober lalu, Zaiton bersama empat lagi duta Anlene dari Mesir, Indonesia, Filipina dan New Zealand bertukar-tukar pandangan masing-masing mengenai tahap kesihatan tulang penduduk di negara masing-masing.

Salah satu pengalaman yang menarik untuk dikongsi beliau adalah sikap segelintir yang tidak suka bersenam di bawah terik mentari. "Cahaya matahari pagi sebenarnya cukup baik untuk kesihatan. Ia mengekalkan vitamin D yang dapat membantu proses penyerapan kalsium oleh tulang," ujarnya.

Zaiton juga menyeru wanita terutama yang berusia 30 tahun ke atas agar melakukan pemeriksaan khas untuk mengesan tahap kesihatan tulang mereka. Menurutnya, ujian boleh dilakukan di pusat perubatan swasta yang mempunyai peralatan khas mengimbas tulang. 

Selain itu katanya, pihak Anlene juga akan menjalankan kempen pemeriksaan tulang secara percuma seluruh negara tidak lama lagi dan berharap ramai wanita yang akan tampil melakukan pemeriksaan awal bagi mencegah osteoporosis.

"Sebenarnya tiada istilah sudah terlambat untuk menjadikan kesihatan tulang sebagai keutamaan. 

"Saya mahu semua orang bersama saya untuk mencegah osteoporosis supaya kita boleh menikmati kebebasan hidup selagi termampu," ujarnya



Berikut adalah faktor yang meningkatkan risiko bagi mendapat osteoporosis:
  • ATLET profesional yang menggunakan tenaga di tahap optimum, seperti pelari maraton. 
  • KURANG bersenam dan diet kalsium rendah, badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikal individu. Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun dengan nutrien yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan senaman ringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan mineral tulang (BMD) wanita yang telah menopaus. 
  • WANITA, lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3 peratus kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5 peratus setahun untuk wanita. 
  • BERBANGSA Asia atau campuran Asia, warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi daripada warga Eropah atau Asia. 
  • TERLALU kurus dan memiliki kerangka tulang badan yang kecil, berat badan berlebihan melindungi daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat badan atau hormon leptin. 
  • SEJARAH keluarga menghidap osteoporosis, ibu yang pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi. 
  • MENGALAMI keretakan atau patah tulang ketika dewasa
  • MEROKOK dan pengambilan alkohol berlebihan. 
  • PENYERAPAN nutrien dari makanan tidak sempurna, nutrien tidak diserap dengan sempurna oleh sistem gastrousus. 
  • MENOPAUS (putus haid), wanita boleh kehilangan sehingga empat peratus kepadatan tulang setiap tahun untuk tempoh lima hingga 10 tahun pertama selepas menopaus. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30 peratus dalam tempoh 10 tahun tersebut. 
  • PARAS hormon estrogen yang rendah, ketika menopaus atau selepas melakukan pembedahan membuang kedua-dua belah ovari. 
  • RAWATAN kemoterapi
  • AMENORRHEA, tiada haid di kalangan wanita muda yang mana menyebabkan estrogen rendah. Amenorrhea boleh terjadi kepada wanita yang melakukan senaman secara ekstrem untuk menguruskan badan atau akibat masalah pemakanan anoreksia nervosa. 
  • INFLAMASI kronik, radang sendi dan penyakit hati kronik. 
  • HIPERTIROIDISME, penyakit di mana pengeluaran hormon paratiroid berlebihan oleh kelenjar tiroid atau disebabkan pengambilan terlalu banyak ubat mengandungi hormon tiroid. 
  • KURANG vitamin D, yang membantu badan menyerap kalsium. Apabila vitamin D kurang, badan tidak mampu menyerap amaun kalsium yang diperlukan untuk mencegah osteoporosis. 
  • PENGAMBILAN sesetengah ubat yang menyebabkan osteoporosis seperti heparin (untuk mencairkan darah). 
  • PENDEDAHAN kepada logam berat, pendedahan kepada logam kadmium dan plumbum telah dibuktikan menyebabkan kepadatan tulang semakin merosot dan membawa kepada osteoporosis tanpa mengira usia dan jantina. 
  • MINUMAN ringan, beberapa kajian mendakwa minuman ringan yang mengandungi asid fosforik mungkin meningkatkan risiko ospeoporosis.






Amalkan pengambilan berikut bagi mengurangkan risiko osteoporosis:
  1. Kalsium
    Setiap individu dengan osteoporosis memerlukan antara 1,200 hingga 1,500 miligram kalsium setiap hari melalui pemakanan atau pengambilan suplemen kesihatan.Badan hanya dapat menyerap kira-kira 500 miligram kalsium pada satu-satu masa. Oleh itu, pengambilan kalsium perlu dilakukan beberapa kali setiap hari. Beberapa kajian pula menunjukkan pengambilan kalsium yang terlalu banyak memberi kesan buruk kepada kepadatan tulang. Selain hasil tenusu, kekacang dan sayur-sayuran juga menjadi sumber makanan yang kaya dengan kalsium. Di samping pengasidan, pengambilan terlalu banyak kafein juga dikatakan akan menyebabkan pelarutan kalsium di dalam tulang.
  2. Vitamin D
    Penyelidikan terkini menunjukkan pengambilan lebih banyak vitamin D dapat mengurangkan kejadian keretakan tulang sehingga 25 peratus di kalangan warga emas. Selain itu, pengambilan vitamin D juga dapat membantu menguatkan otot memandangkan kebanyakan kes pesakit jatuh adalah akibat otot yang lemah. Penyelidikan di rumah penjagaan warga emas juga menunjukkan penurunan sehingga 72 peratus kes penghuni yang jatuh hasil pengambilan 800 IU vitamin D bersama kalsium setiap hari. Terdapat juga beberapa bukti yang menunjukkan pengambilan suplemen boron, magnesium, zink, tembaga, mangan, silikon, strontium, asid folik, and vitamin B6, vitamin C dan vitamin K (bersama kalsium dan vitamin D) bermanafaat untuk menjaga kepadatan tulang.
  3. Protein berlebihan
    Tiga faktor memainkan peranan penting dalam menentukan kandungan kalsium dalam sistem badan seseorang iaitu pengambilan (makanan), penyerapan dan perkumuhan. Bagaimanapun, pengambilan protein yang terlalu tinggi (makanan) akan menyebabkan peningkatan kekerapan membuang air kecil dan banyak kalsium hilang bersama air kencing seterusnya meningkatkan risiko keretakan tulang akibat kepadatan tulang menurun.



P/S : Shaklee menawarkan supplemen untuk kesihatan tulang yang optimum. Ingin mendapatkannya? Boleh hubungi saya. PM FB, email atau SMS saya untuk info lanjut. Consultasi dan tips percuma akan diberikan untuk setiap pembelian shaklee.

Your Shaklee Independent Distributor -(Siti Norisah I SID 918622)
PM FB : Ct Norysah     (https://www.facebook.com/ctnorysahzainal)
FB Page : Mylittle Shoppe     (https://www.facebook.com/pages/Mylittle-Shoppe/433174070085501)
Email : norysah84@ gmail.com
Call/SMS : 0129781609

Jumaat, 1 Mac 2013

Kepentingan dan Kelebihan Ostematrix Shaklee


APA YANG MENARIK SEPANJANG BULAN MARCH 2013 ??!! Ostematrix Shaklee !

Ini dia.. Beli 6 percuma satu untuk OSTEMATRIX SHAKLEE. Kekal kuat dan gagah dgnmu Oste!




Wah..yehaa..hohoho.. mesti anda yg selalu mengalami sakit2 badan, letih2, lenguh2 dan sakit belakang teruja dengan promosi Shaklee pada bulan ini kan?? Ini bagi yg dah tahu dan menjadi pencinta Ostematrix kan..Betul tak?
Bagi yg tak tahu?? Ha, mesti ada yg tertanya2 apakah Ostematrix ni? Meh kita kenal2..

Ostematrix ni adalah kalsium u alls.. Nak tau lg, Apakah kalsium ni?? Biasa orang kaitkan kalsium dengan tulang, kan? Sakit tulang.. kurang kalsium.. nak kuatkan tulang.. banyakkan makan kalsium.. So, Ostematrix dpt membantu utk mslh tulang anda..Bkn itu saja, ada byk lg manfaat Ostematrix ni kpd tubuh bdn kita.. Jom kita terus menerus tengok apa lagi kelebihan dan kepentingan Ostematrix ni.


Kelebihan Ostematrix :
* Menguatkan tulang.
* Memperbaiki kekejangan dan kebas
* Meringankan stress.
* Memperbaiki masalah stress
* Pengalkalian badan.
* Memperbaiki hyperaktif perut dan gastrik
* Magnesium
* Mengekalkan tekanan darah yang normal.
* Membantu pengecutan otot dan saraf
* Membantu mengurangkan sindrom PMS seperti kekejangan, kembung, moody.
   Amat sesuai bagi wanita yang selalu berhadapan masalah bila didatangi haid.


Apa Ada Dalam Kalsium (Ostematrix) Shaklee?


KALSIUM
250mg kalsium dalam setiap caplets. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari dan cara yang terbaik bukanlah ambil sekaligus 1000mg kerana ianya tidak akan menghasilkan kesan yang baik. Kenapa? Sebabnya kalsium dapat diserap dengan baik bila diambil dalam dos yang rendah. Sebaiknya adalah tidak lebih dari 500mg setiap kali pengambilan. Sebab itu Ostematrix Shaklee dicadangkan diambil 4 biji sehari di mana 2 biji diambil setiap pengambilan. Dan Kalsium (ostematrix) juga baik diambil bersama makanan.Bukannya ketika perut kosong.


Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. 

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.


VITAMIN D
Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol'(dikenali sebangai Vitamin D aktif). Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang mana akan melemahkan tulang-tulang kita.

Kalsium dan Vitamin D sangat digalakkan untuk mengelakkan dari osteoporosis. Golongan yang paling sesuai untuk mengambil kalsium (ostematrix) adalah:

1. Ibu menyusu, mengandung
2. Suami/isteri bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
3. Warga emas
4. Wanita yang mengalami masalah PMS - sakit semasa datang bulan
5. Merka yang mengalami kekejangan otot

Jadi kepada pencinta kesihatan baik untuk diri sendiri atau orang yang dicintai dan disayangi, hadiahkanlah mereka dengan penjagaan kesihatan yang terbaik.

Duit bukan ukuran jika dibandingkan dengan kesihatan sepanjang hayat.

Kredit : http://myaishah.blogspot.sg

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, bolehlah hubungi saya.

PERTANYAAN & PEMBELIAN
FB : Ct Norysah / Mylittle Shoppe
SMS/Whatsapp : 012-9781609
Email : norisah_z@yahoo.com


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.