Set Penyusuan Shaklee. Memperbanyakkan dan menghasilkankan kualiti yg baik untuk air susu anda.
Hari ni terdetik hati nak kongsi kepada semua tentang Set
Penyusuan bajet Shaklee. Memang dah tak nak berseling-selingan dah ni.. Nak jer
direct cakap pasal Shaklee ni..hehehe..
Ermm..hati berbunga-bunga turut berlagu riang.. Bukan kerana
saya gembira dapat order dari customer berdesup-desup, tetapi kerana gembira apabila
seorang kawan saya (saya kenalkan sebagai Ezzya jer ye) merangkap customer
tegar saya yang telah 2, 3 kali repeat order set penyusuan Shaklee. Alhamdulillah, dia baru jer lepas habis berpantang
2, 3 bulan yg lalu. Nak dikongsikan bersama.. pada mulanya lepas jer dia
bersalin hari tu, dia berazam nak bagi susu ibu utk baby comelnya. Tapi lepas
beberapa minggu bersalin dia mengadu air susunya menjadi sedikit. Bila diperah keluar
terlalu sedikit malah jadi bengkak pula.. Dia meminta pandangan bagaimana nak
hasilkan susu yg banyak kepada saya disamping bertanya mengenai set penyusuan Shaklee.
Sebelum mengesyorkan produk Shaklee, saya beri dia sedikit nasihat dan tips
supaya dapat menghasilkan air susu yg mencukupi..kurang lebih mcm kat bawah ni
ler isi kandungan tips yg saya berikan. Saya bagi secara ringkas je..(lihat
gambar)..hehehe..
Akan tetapi menurut puan Ezzya ni, dia dah cuba amalkan tapi
mungkin nasib kurang menyebelahi dia, akhirnya dia membuat keputusan untuk
mengambil milk booster Shaklee iaitu ESP + Ostematrix + Alfalfa.
Set penyusuan bajet Shaklee
ESP + Ostematrix + Alfalfa
Dengan pengambilan Set penyusuan ni dia amalkan seiring
petua2 yang telah kuberikan itu, bersamaan demand vs supply.. Beberapa minggu
lepas pengambilan saya follow up dia.. Alhamdulillah betapa seronoknya saya
bila mendapat tahu yg stock air susu dia dah kembali meriah..sampai
melimpah-limpah basah baju dalam..(eh, teruknya bahasaku..hehe..tapi ini
reality..tak percaya tengok msg dia..bahasa kena fhm2 sendiri k sbb kami
berkomunikasi dlm bahasa sabah..heheh)
Alhamdulillah..lepas sebulan 2, dia msg lagi nak repeat
order..mula-mula dia repeat ESP, lps tu repeat Alfalfa..kali ni dia ambil yg
besar pula.. puas hati nak buat stock utk lebih lama..lepas tu terbaru ni dia
repeat Ostematrix pula.. yg ni dalam proses utk pembuat penghantaran.. syukur,
rasanya memang set penyusuan ni membantu beliau..mana taknya, tak perlu ambil
susu FM, stock sentiasa ada. Bila anak nak, terus bagi jer dan bestnya baby dia
membesar dengan begitu sihat sekali.. dulu kecil je saya tengok..skrg dah
membulat. Alhamdulillah..syukur..rezeki anak comelnya.
Walaubagaimana pun, seperti yang saya sebar-sebarkan di dlm laman
sesawang FB saya mengenai milk booster ni, ianya bukan sekadar membantu
menghasilkan air susu yg banyak dan berkualiti, tapi membantu pelbagai
ketidakselesaan dlm tubuh badan kita termasuklah kekurangan tenaga,
lenguh-lenguh badan, berat badan yang berlebihan dan macam-macam lagi. Set
penyusuan ni juga masing-masing ada manfaat dan khasiat sampingannya.
Secara ringkasnya selain bertindak sebagai milk booster,
khasiat lain antaranya seperti:
Kebaikan ESP :










Kebaikan Alfalfa :










Kebaikan
Ostematrix:











Haa..tulah
sedikit sebanyak manfaat lain set penyusuan budget Shaklee ni.. Untuk
pengetahuan semua, saya pun adalah seorang daripada berjuta ibu yang menyusukan
anak..Alhamdulillah saya juga pengguna tegar set penyusuan Shaklee. Anak
kecilku Rafiq yang semakin banyak akal masih suka berpaut dibadan saya
semata-mata nak mendapatkan hakmiliknya.. hehee.. Saya jual apa yang saya amalkan sebelum ni,
dan saya amalkan apa yang saya jual sekarang. Harapnya Puan Ezzya berpuashati
dan terus bershaklee dengan set penyusuan Shaklee ni ye..sambil menyusui,
sambil mendapat kesihatan optimum.
Bagi ibu-ibu lain di
luar sana, apa yang penting bagi menjayakan penyusuan susu ibu baik yang bekerja atau tak bekerja ini
adalah kesihatan ibu. Ibu perlu jaga kesihatan fizikal dan emosi. Kadang-kadang
kerana letih bekerja atau stress di pejabat, ini akan menganggu rutin mengepam
ibu. Hasilnya susu ibu akan semakin berkurang.
Ibu perlu jaga
pemakanan dan jalani gaya hidup yang sihat. Jika boleh dapatkan makanan
tambahan bagi menjaga kesihatan ibu. Dengan makanan tambahan, insyaallah dapat
mengurang risiko ibu terkena sakit. Dan akhirnya beri kesan kepada penyusuan.
Set penyusuan shaklee in shaa Allah akan membantu ibu dalam menjaga kesihatan
fizikal dan emosi. Percayalah ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang sihat.
Jadi bayi pun akan membesar dengan sihat dan ceria.
Sekianlah sahaja
perkongsian saya mengenai set penyusuan bajet Shaklee untuk anda ye. Lain kali
saya sharing lagi dan lagi.. J
Untuk dapatkan
harga istimewa Set Penyusuan Shaklee, segeralah hubungi saya.
Siti Norisah / SID 918622
SMS/Call 0129781609 atau email norisah_z@yahoo.com atau norysah84@gmail.com . Pasti dengan harga yang mampu milik.
atau paling mudah, add FB & pm saya di https://www.facebook.com/ctnorysahzainal (Ct Norysah)
ikuti saya di fanpage FB di https://www.facebook.com/pages/Mylittle-Shoppe/433174070085501?ref=hl (Mylittle Shoppe)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan